Thursday, April 7, 2011

Alternator

Semua kenderaan mesti mempunyai alternator. Fungsi alternator pada kenderaan untuk membekalkan tenaga elektrik (DC) 12V selepas enjin dihidupkan dan dalam masa sama mengecas bateri. Cas alternator dikawal oleh regulator sebelum dicaskan ke bateri.


 
Alternator yang sempurna/baik akan menghasilkan cas 12.6V ~ 14.4V semasa injin dihidupkan (idle). Apabila menggunakan alat (ac, lampu, dll) cas tadi akan menurun. Jika cas itu kurang dari 12V bermakna alternator tidak dapat membekal cas secukupnya pada kenderaan tadi dan juga cas pada bateri. Bila ini terjadi tenaga dari bateri digunakan untuk menampung kekurangan tersebut. Jika keadaan ni berterusan bateri akan menjadi lemah. Lampu bateri indicator dalam cokpit/dashbord meter akan menyala.

Jika kereta tersebut bergerak cas selalunya akan meningkat dan lampu tadi akan hilang/padam. Senario terjadi hanya pada waktu idle (rpm bawah 1000), ia merupakan signal/memberitau yang alternator anda perlu diberi perhatian.. Jika ini terjadi masih ada waktu sebelum alternator manjadi lebih teruk iaitu langsung tidak mampu untuk membekalkan elektrik. Paling teruk enjin mati tak buleh start langsung.  




Untuk mengetahui alternator berada dalam keadaan sempurna atau sebaliknya, Kita boleh buat satu test. Cuba dapatkan multimeter kemudian cuba tap ke kepala bateri. Start kereta pasang semua alatan (heater,ac, lampu, radio, wiper, dll). Pada waktu ni cuba cek Volt pada multimeter tadi. Sepatutnya Volt tadi tidak jatuh kurang dari 12V.



Catu lagi cara ialah ketika enjin sedang idle cabutkan terminal bateri negative. Jika enjin mati confirm alternator kong.